Saturday, 15 August 2015

pentadbir video

Nor Shahila Ishak's Slidely by Slidely Slideshow

Aspirasi












Hubungi kami

aktiviti

spm

pt3

Frog vle

PBS

galeri

Prasarana sek

galeri

HEM

MAJLIS KURIKULUM

Pengerusi
Puan Hjh Alijah bt Md Dom

Naib Pengerusi
Tn. Hj Shamsudin b Shaari

Setiausaha
Pn. Ruzita bt Kamil

Pen. Setiausaha 1
Pn. Suri bt Jahaya

Pen. Setiausaha 2
Pn. Anisah bt Md Isa

Ahli Jawatankuasa
Pn. Hjh Che Nor Khasimah bt Mohd Nor
Pn. Siti Norlaila bt Md Shihab
Pn. Hjh Kalsom bt Redzuan
Pn. Hjh Rodziah bt Sheikh Ali
Pn. Hjh Saodah bt Razali
Pn. Zainap bt Jani
Pn. Hjh Rosnah bt Abdullah
Kaunselor Pagi dan Petang

KURIKULUM

MAJLIS KURIKULUM

Pengerusi
Puan Hjh Alijah bt Md Dom

Naib Pengerusi
Tn. Hj Shamsudin b Shaari

Setiausaha
Pn. Ruzita bt Kamil

Pen. Setiausaha 1
Pn. Suri bt Jahaya

Pen. Setiausaha 2
Pn. Anisah bt Md Isa

Ahli Jawatankuasa
Pn. Hjh Che Nor Khasimah bt Mohd Nor
Pn. Siti Norlaila bt Md Shihab
Pn. Hjh Kalsom bt Redzuan
Pn. Hjh Rodziah bt Sheikh Ali
Pn. Hjh Saodah bt Razali
Pn. Zainap bt Jani
Pn. Hjh Rosnah bt Abdullah
Kaunselor Pagi dan Petang

Pengurusan






KEtua Bidang






Friday, 14 August 2015

INFO GURU: Microsoft Innovative Educator Experts Program


Program untuk mengiktiraf guru-guru dinamik dan berinovatif yang menggunakan teknologi berasaskan produk Microsoft dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.

Pengenalan



SMK SERI ROMPIN 


VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melahirkan Warga Sekolah
Yang Terdidik, Bertakwa
dan Berakhlak Mulia
bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Melalui Kerja Keras, Cerdas
dan Ikhlas


MOTTO
“Cemerlang  Dunia dan  Akhirat”








OBJEKTIF


Ø PENGURUSAN SEKOLAH
Menjanakan sistem Pengurusan Yang Berstrategi dan Sistematik.


Ø PENGURUSAN AKADEMIK
      Menjanakan Budaya Ilmu Bagi Merialisasikan Proses Pengajaran dan 
      Pembelajaran yang Berkualiti dan Kreatif bagi  Menjadikan SMK Seri    
      Rompin  Sebagai yang Terbaik dalam Peperiksaan Awam di Daerah   
      Rompin.


Ø PENGURUSAN KOKURIKULUM
Melahirkan Generasi yang Sihat dan Cergas melalui   aktiviti  Kokurikulum yang Bermutu serta memberi peluang seluas-luasnya ke  arah Kecemerlangan Individu


Ø PENGURUSAN BINA INSAN
Menjadikan Warga SMK Seri Rompin yang menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam

Ø PENGURUSAN 3K
Membangunkan SMK Seri Rompin dan Persekitarannya Sebagai Institusi Ilmu yang Kondusif dan Mesra Alam.  Menjadikan SMK Seri Rompin Sebagai Sebuah Sekolah dalam Taman Menjelang 2015.



 PIAGAM PELANGGAN

*      Berusaha  memberi pendidikan berkualiti untuk mengembangkan potensi pelajar ke tahap maksimum bagi pendidikan dunia dan akhirat.

*      Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan  serta bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

*      Mendidik  dan memberi khidmat nasihat kaunseling kepada semua pelajar .

*      Meningkatkan permuafakatan  dan penglibatan masyarakat dalam program pendidikan.

*      Membina  perhubungan yang baik dengan masyarakat setempat dan PIBG.

*      Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan akademik  untuk melahirkan pelajar yang cergas dari segi fizikal dan mental.

*      Mendidik pelajar supaya berakhlak dan budi pekerti yang mulia.


KETERANGAN BENDERA
                  
                    Bendera SMK Seri Rompin menggunakan warna kuning, merah,      biru,  putih dan hitam yang merupakan warna-warna yang terdapat dalam
           lencana sekolah.  Warna kuning bermaksud Agama Islam yang suci,ad- deen      yang menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang merupakan     agama rasmi negara yang diketuai oleh sultan-sultan Melayu.

        Warna merah pada tujuh jalur di sebelah kiri bermaksud semangat patriotisme warga SMK Seri Rompin kepada negara tercinta Malaysia.  Warna biru pada tujuh jalur sebelah kanan bermaksud warga SMK Seri Rompin merupakan warganegara yang sentiasa memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan sangat mencintai keamanan serta kesejahteraan sejagat.

        Empat belas jalur iaitu tujuh jalur merah dan tujuh jalur biru bermaksud SMK Seri Rompin akan melahirkan warganegara yang sentiasa sedia berbakti dan berjasa di mana-mana negeri di seluruh pelusuk negara.  Bukaan helaian buku di atas garisan putih hitam melambangkan sebagai anak negeri Pahang, warga SMK Seri Rompin memahami keperluan menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan sepanjang hayat mengikut tuntutan semasa dan akan datang.


SEJARAH SEKOLAH

        Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rompin  mula beroperasi pada 02 Januari 2002.  Pada tahun pertama sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong dengan pelajar tingkatan satu  dan dua berjumlah 109 orang.
     
             Pada tahun tersebut SMK Seri Rompin  beroperasi pada sidang petang, dipimpin oleh Cik Fazilah binti Muda sebagai Pemangku Pengetua.  Beliau dibantu oleh En. Bustami bin Hj. Ahmad (GPK HEM), En. Abdul Razak bin Abdul Majid (GPK Kokurikulum), En. Azme bin Muhamad (Guru Disiplin) dan En. Ahmad Sazili bin Mohd Nor (Kaunselor).    Guru-guru lain yang menjadi kumpulan pertama yang bertugas di SMK Seri Rompin ialah En. Ismail bin Mohamed Hashim, Pn. Norharlina bt Mohamed, Ustazah Jamiyyah, Pn. Wan Rozaimah dan En. Mohd Safri dan bagi staf kumpulan sokongan pertama terdiri daripada Pn. Norhaidawati, Pn. Siti Robianita, Pn. Rabiah Adawiyah, Pn. Norhaslinda, En. Mohd Auzan dan Cik Khadijah.  Yang Dipertua PIBG yang pertama ialah En. Sulaiman bin Mohd Shah.
      
            Pada tahun 2002 di bawah kepimpinan Cik Fazilah bt Muda, pelbagai perkara dan dasar utama pentadbiran telah berjaya disempurnakan.  Visi, Misi, Matlamat, Objektif, Piagam Pelanggan serta Motto sekolah telah digubal sebagai hala tuju sekolah.  Bendera dan lencana sekolah juga telah berjaya disiapkan.
     
          Pada tahun 2003, SMK Seri Rompin telah berjaya mengeluarkan lulusan PMR  dengan menghasilkan peratus kelulusan 68%.  Dua orang pelajar terbaik sekolah ialah Norhayati bt Ghazali dan Norafzan bt Kamarudeen.  Dalam bidang sukan, sekolah ini telah berjaya menjadi Naib Johan Bola Tampar Perempuan bagi Daerah Rompin.
       
            Pada sesi persekolahan 2004, kompleks bangunan baru SMK Seri Rompin yang terletak di kilometer 19 jalan Rompin-Kuantan dan berdekatan pusat peranginan Summerset At Rompin telah siap dibina, maka segala urusan persekolahan telah berpindahkan ke bangunan  tersebut.

        Kompleks baru SMK Seri Rompin terdiri daripada satu blok pentadbiran, dua blok bilik darjah, satu blok makmal, satu blok Bengkel Kemahiran Hidup, satu blok Sains Pertanian (MPV), satu blok Makmal Komputer dan satu blok kantin sekolah.

        Sekolah ini dirancang untuk menjadi Sekolah Bestari (Rancangan Khas) berkonsep sekolah berasrama penuh bagi daerah Rompin yang menawarkan aliran sains sepenuhnya.  Pada ketika ini terdapat  satu blok asrama aspuri dan satu blok asrama aspura dan sebuah surau yang boleh memuatkan seramai lebih kurang 300 orang penghuni.


   
  Pada akhir Jun 2009, 8 unit rumah guru telah siap dibina di kawasan berhampiran sekolah.  Kemudahan ini sangat bererti buat guru dan kakitangan sekolah.  Pada tahun 2009, SMK Seri Rompin telah dicalonkan untuk menyertai pertandingan Sekolah Cemerlang. Alhamdulillah, SMK Seri Rompin telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut.  Tuan Pengetua telah menerima anegerah tersebut pada 21 November 2009 di satu majlis di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
     
              Pada tahun 2011 SMK Seri Rompin menerima sebuah blok makmal (Ting.6), 6 unit rumah warden, 2 blok bangunan asrama berkapasiti 400 orang dan sebuah dewan makan yang mula beroperasi sepenuhnya mulai 2012. Memandangkan surau tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin ramai maka,proses pembesaran surau juga telah mula dilaksanakan mulai Disember 2013 dengan mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM30.000.00 dari YB Datuk  Maznah bt Mazlan, ADUN Muadzam Shah serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru-guru ,pelajar serta masyarakat di dalam dan luar Pahang sebanyak lebih kurang RM 10.000.00.
           
            Dalam tempoh 12 tahun penubuhannya, (2002 – 2013) SMK Seri Rompin yang diterajui oleh seramai 6 orang pengetua telah menunjukkan kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah pelajar.  Mulai Jun 2014, SMK Seri Rompin menerima Tuan Pengetua yang baru iaitu Tn. Hj Osman bin  Hj. A. Bakar.  Di bawah kepimpinan beliau, diiharapkan  hasrat SMK Seri Rompin untuk terus memacu kecemerlangan dan merealisasikan misi dan visi sekolah iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera tercapai. Smk Seri Rompin Peneraju Kecemerlangan Daerah Rompin.InsyaAllah




LAGU  SEKOLAH
Cemerlang  Seri  Rompin
**********************************************************************************
Mendukung  Misi  Menuju  Destinasi
SMK  Seri  Rompin  Menjulang  Visi
Sahsiah  Terbina  Berkualiti
Membentuk  Jati  Diri
                                                              (ulang satu kali)

Perjuangan  Berteras  Insani
Seiring  jalan  guru  berdedikasi
Tuntut  ilmu  Sains  dan ICT
Berlandaskan  agama  yang  ditaati

Mencapai  kecemerlangan  yang  hakiki
Cemerlang  duniawi  serta  ukhrawi
Sinar  gemilang dan bestari
Menjadi  reality
******************************************************************************
Lagu Ciptaan            :  Azhar bin Mohd Ali
Lirik Lagu                 :  Dr. Ahmad  Sazili bin Mohd  Nor
Tarikh                        :  Tahun 2002
  













UMUM:LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015

Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2015 Malaysia


Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA Berikut adalah gambar Logo rasmi Merdeka pada tahun 2015, 31 Ogos