SMK SERI ROMPIN
VISI
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melahirkan
Warga Sekolah
Yang
Terdidik, Bertakwa
dan
Berakhlak Mulia
bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
Melalui
Kerja Keras, Cerdas
dan
Ikhlas
MOTTO
“Cemerlang
Dunia dan Akhirat”
OBJEKTIF
Ø
PENGURUSAN SEKOLAH
Menjanakan
sistem Pengurusan Yang Berstrategi dan Sistematik.
Ø
PENGURUSAN AKADEMIK
Menjanakan Budaya Ilmu Bagi
Merialisasikan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran yang Berkualiti dan Kreatif bagi
Menjadikan SMK Seri
Rompin Sebagai yang
Terbaik dalam Peperiksaan Awam di Daerah
Rompin.
Ø
PENGURUSAN
KOKURIKULUM
Melahirkan
Generasi yang Sihat dan Cergas melalui
aktiviti Kokurikulum yang Bermutu
serta memberi peluang seluas-luasnya ke arah
Kecemerlangan Individu
Ø
PENGURUSAN BINA
INSAN
Menjadikan
Warga SMK Seri Rompin yang menghayati dan mengamalkan cara hidup
Islam
Ø
PENGURUSAN 3K
Membangunkan
SMK Seri Rompin dan Persekitarannya Sebagai Institusi Ilmu yang
Kondusif dan Mesra Alam. Menjadikan SMK
Seri Rompin Sebagai Sebuah Sekolah dalam Taman Menjelang 2015.
PIAGAM
PELANGGAN







KETERANGAN
BENDERA
Bendera SMK Seri Rompin menggunakan warna kuning, merah, biru, putih dan hitam yang merupakan warna-warna
yang terdapat dalam
lencana
sekolah. Warna kuning bermaksud Agama
Islam yang suci,ad- deen yang
menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang merupakan agama rasmi negara yang diketuai oleh
sultan-sultan Melayu.
Warna merah pada tujuh jalur di sebelah
kiri bermaksud semangat patriotisme warga SMK Seri Rompin kepada negara
tercinta Malaysia. Warna biru pada tujuh
jalur sebelah kanan bermaksud warga SMK Seri Rompin merupakan
warganegara yang sentiasa memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum dan sangat mencintai keamanan serta kesejahteraan sejagat.
Empat belas jalur iaitu tujuh jalur
merah dan tujuh jalur biru bermaksud SMK Seri Rompin akan
melahirkan warganegara yang sentiasa sedia berbakti dan berjasa di mana-mana
negeri di seluruh pelusuk negara. Bukaan
helaian buku di atas garisan putih hitam melambangkan sebagai anak negeri
Pahang, warga SMK Seri Rompin memahami keperluan menguasai
pelbagai bidang ilmu pengetahuan sepanjang hayat mengikut tuntutan semasa dan
akan datang.
SEJARAH
SEKOLAH
Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Rompin mula beroperasi pada 02 Januari 2002. Pada tahun pertama sekolah ini menumpang di
Sekolah Kebangsaan Leban Chondong dengan pelajar tingkatan satu dan dua berjumlah 109 orang.
Pada tahun tersebut SMK Seri Rompin
beroperasi pada sidang petang, dipimpin
oleh Cik Fazilah binti Muda sebagai Pemangku Pengetua. Beliau dibantu oleh En. Bustami bin Hj. Ahmad
(GPK HEM), En. Abdul Razak bin Abdul Majid (GPK Kokurikulum), En. Azme bin
Muhamad (Guru Disiplin) dan En. Ahmad Sazili bin Mohd Nor (Kaunselor). Guru-guru
lain yang menjadi kumpulan pertama yang bertugas di SMK Seri Rompin ialah En.
Ismail bin Mohamed Hashim, Pn. Norharlina bt Mohamed, Ustazah Jamiyyah, Pn. Wan
Rozaimah dan En. Mohd Safri dan bagi staf kumpulan sokongan pertama terdiri
daripada Pn. Norhaidawati, Pn. Siti Robianita, Pn. Rabiah Adawiyah, Pn.
Norhaslinda, En. Mohd Auzan dan Cik Khadijah.
Yang Dipertua PIBG yang pertama ialah En. Sulaiman bin Mohd Shah.
Pada
tahun 2002 di bawah kepimpinan Cik Fazilah bt Muda, pelbagai perkara dan dasar
utama pentadbiran telah berjaya disempurnakan.
Visi, Misi, Matlamat, Objektif, Piagam Pelanggan serta Motto sekolah
telah digubal sebagai hala tuju sekolah.
Bendera dan lencana sekolah juga telah berjaya disiapkan.
Pada tahun 2003, SMK Seri Rompin
telah berjaya mengeluarkan lulusan PMR dengan menghasilkan peratus kelulusan
68%. Dua orang pelajar terbaik sekolah
ialah Norhayati bt Ghazali dan Norafzan bt Kamarudeen. Dalam bidang sukan, sekolah ini telah berjaya
menjadi Naib Johan Bola Tampar Perempuan bagi Daerah Rompin.
Pada sesi persekolahan 2004, kompleks bangunan baru SMK
Seri Rompin yang terletak di kilometer 19 jalan Rompin-Kuantan dan
berdekatan pusat peranginan Summerset At Rompin telah siap dibina, maka segala
urusan persekolahan telah berpindahkan ke bangunan tersebut.
Kompleks baru SMK Seri Rompin
terdiri daripada satu blok pentadbiran, dua blok bilik darjah, satu blok
makmal, satu blok Bengkel Kemahiran Hidup, satu blok Sains Pertanian (MPV),
satu blok Makmal Komputer dan satu blok kantin sekolah.
Sekolah ini dirancang untuk menjadi
Sekolah Bestari (Rancangan Khas) berkonsep sekolah berasrama penuh bagi daerah
Rompin yang menawarkan aliran sains sepenuhnya.
Pada ketika ini terdapat satu
blok asrama aspuri dan satu blok asrama aspura dan sebuah surau yang boleh
memuatkan seramai lebih kurang 300 orang penghuni.
Pada akhir Jun 2009, 8 unit rumah guru telah
siap dibina di kawasan berhampiran sekolah.
Kemudahan ini sangat bererti buat guru dan kakitangan sekolah. Pada tahun 2009, SMK Seri Rompin
telah dicalonkan untuk menyertai pertandingan Sekolah Cemerlang. Alhamdulillah,
SMK Seri Rompin telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Tuan Pengetua telah menerima anegerah
tersebut pada 21 November 2009 di satu majlis di Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang.
Pada tahun 2011 SMK
Seri Rompin menerima sebuah blok makmal (Ting.6), 6 unit rumah warden,
2 blok bangunan asrama berkapasiti 400 orang dan sebuah dewan makan yang mula
beroperasi sepenuhnya mulai 2012. Memandangkan surau tidak mampu menampung
jumlah pelajar yang semakin ramai maka,proses pembesaran surau juga telah mula
dilaksanakan mulai Disember 2013 dengan mendapat sumbangan kewangan sebanyak
RM30.000.00 dari YB Datuk Maznah bt
Mazlan, ADUN Muadzam Shah serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu
bapa, guru-guru ,pelajar serta masyarakat di dalam dan luar Pahang sebanyak
lebih kurang RM 10.000.00.
Dalam tempoh 12 tahun penubuhannya, (2002 – 2013) SMK
Seri Rompin yang diterajui oleh seramai 6 orang pengetua telah
menunjukkan kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum serta
sahsiah pelajar. Mulai Jun 2014, SMK
Seri Rompin menerima Tuan Pengetua yang baru iaitu Tn. Hj Osman bin Hj. A. Bakar.
Di bawah kepimpinan beliau, diiharapkan
hasrat SMK Seri Rompin untuk terus memacu kecemerlangan
dan merealisasikan misi dan visi sekolah iaitu Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera tercapai. Smk Seri Rompin
Peneraju Kecemerlangan Daerah Rompin.InsyaAllah
LAGU SEKOLAH
Cemerlang
Seri Rompin
**********************************************************************************
Mendukung
Misi Menuju Destinasi
SMK Seri Rompin
Menjulang Visi
Sahsiah
Terbina Berkualiti
Membentuk Jati
Diri
(ulang satu kali)
Perjuangan
Berteras Insani
Seiring
jalan guru berdedikasi
Tuntut ilmu Sains
dan ICT
Berlandaskan
agama yang ditaati
Mencapai
kecemerlangan yang hakiki
Cemerlang
duniawi serta ukhrawi
Sinar gemilang
dan bestari
Menjadi reality
******************************************************************************
Lagu Ciptaan : Azhar
bin Mohd Ali
Lirik Lagu : Dr.
Ahmad Sazili bin Mohd Nor
Tarikh
: Tahun 2002
No comments:
Post a Comment